Friday, June 25, 2010

Notes to myself : Dream Big

For every post, i slalu tulis "Dream Big". So what do i mean by "dream big"? ok basically dlm hidup ni kita kena ada angan2 & impian even org slalu ckp "kau tolong jgn nk berangan boleh x?" or ada jugak yg ckp mcm ni "stakat nak berangan, aku pun boleh sampai ke langit ke 7" tak kurang jugak yg cakap mcm ni "kau ni keje nk berangan je" berangan pun boleh jadi kerja? ok x lawak. So, what i mean by "dream big" adalah MIMPI BESAR atau dalam erti kata lain berangan secara besar-besaran. For what? for me, dlm hidup ni selain daripada berusaha, berdoa dan tawakal kita jugak kena ada impian & angan2. Tak salah untuk kita nk berangan, bukan kena bayar pun kan? so berangan jela. tapi janganla smpai buat smua org kata kau annoying dgn angan2 kau tu, sbg contoh "aku ada angan2 yg besar. aku nak jadi superman!" hello, angan2 biarla logik. yang x logik tu simpan sorang2 buat mimpi tidur ok.

Dlm hidup kita kena ada matlamat. That's why kita kena ada angan-angan dan impian, daripada angan-angan ni akan jadi inspiration dan daripada inspiration ni la yang akan bagi kita semangat utk run towards what we dream of. Buang smua negative thinking yang ada dlm diri kita & utk buang perkara-perkara negatif ni bermula dengan macam mana kita berfikir. Tolong elakkan daripada menjatuhkan semangat diri sendiri sebagai contoh "aku teringin nak blajar sampai PHD, tapi SPM aku fail, takpelah, baik aku duduk rumah, hari2 boleh makan free, heeeeeee." dah kalau cenggitu angan2 baik xpayah la labu. anyway tu contohla. hello, come on, tlg yakin dengan diri sendiri, gagal sekali, cuba lagi, gagal 2 kali, cuba lagi, gagal 3 kali cuba lagi, gagal 1000 kali, cuba, cuba, cuba, cuba, cuba, cuba sampai berjaya! tak perlu kita pergi jumpa Tun Dr. Mahathir ataupun donald trump untuk mintak rahsia, tips, petua, resipi, ciri-ciri, cara-cara, kunci( kunci kereta mungkin boleh ) untuk berjaya. Semua tu tak berguna kalau kita tak pernah yakin dengan kemampuan diri sendiri. Jadi, yakinlah pada diri sendiri, kalau org lain boleh, mengapa tidak kita?????!!!! (menekan keyboard penuh keazaman) Malaysia boleh! (tapi knapa team bola sepak Malaysia x boleh masuk world cup? ok soalan bodoh nora)

Tahukah anda, kita boleh dapat apa sahaja yang kita impikan dalam kehidupan dengan impian, angan-angan dan keinginan yang sangat kuat? ya saya percaya! u know what, dari zaman kanak-kanak sehinggalah hari ini, saya tidak pernah berhenti berangan. Yes, inilah pendedahan ekslusif mengenai diri saya yang jarang-jarang orang tau sbb orang lain pun tak kuasa nak ambik tahu. dan saya berasa sedikit bodoh disini, nora, org lain pun berangan jugak ok? yeke? heh. ok berbalik kepada topik hangat kita, ok, i dari kecik memang suka bukan takat suka, malah kuat sangat berangan. Sebagai contoh masa i berusia 4-6 tahun i teringin sangat nk terbang macam superman, burung & rama2 sampaikan i kena tipu dgn abang-abang i, diorg cakap "adik, haritu abg dengan bangcik beli baju superman, kalau pakai boleh terbang" dan i pun dengan bangangnya menjawab " mana? mana? manaaaaaa bajuuuuuuu tuuuuuuuuuuuu???? adik nak pakai..nak pakai...nak pakai" berhari-hari jugakla i merengek sampaila akhirnya abang2 i dah tak mampu menahan kesedihan melihat muka bangang i minak baju superman, so dengan bangangnya jugak diorg mengaku "mana ada baju superman la!! haritu saja ja tipu2" i pun berlalu pergi dengan hati yang hampa, maka bermula dari saat itu, i taknak lagi berangan nak jadi superman. I mula melangkah ke alam yang nyata, i berangan nak jadi rama-rama pulak. Masa tu i ada tgk satu cerita cartoon, dlm cerita tu ada sorg budak perempuan tu sama angan2 dia dengan i, dia pun nak jadi rama-rama. Wah, dalam hati i berbisik "ada chance...." then i pun dok la ternganga depan tv tgk cartoon tu budak perempuan tu tejumpa ulat yg baru nk masuk dlm kepompong, then bila keluar dr kepompong tu ulat tu jadi rama2 yg sangat cantik, so budak berangan tu pun buatla kepompong dia sendiri then masuk dalam tu kepompong tu, then bila dia keluar, nah dia dah jadi rama2 bersayap pink + purple yang boleh terbang! wahh seronoknya. dalam dia punya seronok dok terbang, terbang terbang tu tiba2 dia terlanggar pokok smpai pengsan. Bila dia bangun ja dia tgk sayap rama-rama dia dah hilang. Yang tinggal just kain selimut warna pink + purple yang baru mak dia beli. Nah ambik kau, cerita cartoon pun xde nak bagi harapan palsu okay. Moral of the story, sudah-sudahla berangan benda yang tak logik tu.

ok next next next! melalut dah sampai ke london. ok topik asalnye i nk ckp yg kita mmg boleh dapat apa yg kita nak dlm hidup ni & salah satu cara nk mencapai semua impian kita adalah melalui angan-angan, impian dan keinginan yang sgt kuat. Sbg contoh i dari kecik( dari kecik lagi...) mmg teringin sangat nak jadi cantik. so hari2 i akan berangan nak jadi cantik...cantik...cantik...(sbb i tau i x cantik sgt, ceh knapa mesti ada cantik sgt? ngaku jela xcantik) so sedikit sbanyak angan2 i tu bagi i smangat utk i jadi cantik, i mean berusaha utk mencantikkan diri la. Well kecantikan tu subjektif kan. So i menjadi lebih concern pasal nk befesyesn, nk buat rambut tu, rambut ni, even hasilnya mcm bangang jugak kadang2 tp xpela, atleast ada effort kan. haha then bab pakaian ni xpayah ckpla, spanjang masa nk membeli xsedar diri duit pun cukup2 makan je. dulu time skolah sanggup x makan ok nk himpun duit beli seluar jeans levi's + kasut converse original ye kawan2 (fashion victim la katakan). So (brape byk so la??) dari situ i sikit...sikit...sikit i blajar mcm mana nk berfeysen sikit2, mcm mana nk nampak lebih cantik n terurus even x secantik rozita che wan, cukupla sekadar cantik di mata sendiri. hahahah bencila dgr statement ni. Kiranya angan2 i tu xla skadar angan2 kan + LOGIK! yg tu penting tu. kira okla i x berangan nak jadi cantik mcm jessica stam tu. Stamp pad adelah. haha. so( so lagi?) believe in yourself people. kalau kita nak sesuatu, go for it + mestilah usaha, doa & tawakal. InsyaAllah sooner or later pasti dapat. Kalau dah usaha sampai lebam pun xdapat, cuba check balik ape yg kita nak tu logik ke tidak, baik untuk diri sendiri atau boleh merosakkan kita? Mungkin niat kita tak betul disitu, jadi, Tuhan lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Itu pun kita kena percaya ya kawan-kawan.

Dah banyak angan-angan or impian yang i nak, tercapai, walaupun xbanyak dan bukan 100% i dapat mcm yg i impikan, tapi dapat sipi2 tu kira okla kan? Atleast dapat dari lansung xdapat kan? kan? so(so.....long...) bersyukurlah dengan apa yg kita ada, nescaya Allah akan tambahkan nikmat di dalam kehidupan kita. Jadi jangan takut utk bermimpi besar! Org yang takut untuk bermimpi besar adalah orang yang sebenarnya takut dengan kegagalan. Setiap apa yg kita lakukan or inginkan pasti ada pro+ & con+. so sebagai manusia yg dikurniakan akal fikiran, kita pandai-pandailah menilai baik dan buruk sesuatu dan ingat juga, tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima, jadi kalau kita mendapat rezeki dan kesenangan, jangan lupakan orang yg memerlukan ok. If we want something, we must give something in return, GIVE & TAKE, barula balance, tak gitu?

eh, okay! enough. cukup. kalau boleh nk bersyarah sampai tahun depan. haha. ok, i better stop here. tapi ( cakap nak stop tadi??) sebelum tu, apa yg i tulis disini sekadar pandangan, pendapat dari hati yang tulus ikhlas. Yang baik itu sesungguhnya dari Allah & yg buruk itu dari saya yang hina ini jugak. Saya pun bukanlah org yang hebat. Hanya seorang gadis biasa yang berjiwa besar (ok nora cukup.) yang nak berkongsi pendapat dan memberi semangat. So(ok janji ini so yg terakhir!),

DREAM BIG!! =)

No comments:

Post a Comment