Saturday, June 26, 2010

Health & beauty : Bahaya kurang minum air.

Hello guys, nah ni second email from my sis yang i rasa i patut share dengan semua. Rasanya semua orang tau, setiap hari kita kena minum sekurang-kurangya 8gelas bersamaan 1 liter air putih. Tapi berapa ramai yg praktikkan benda ni? (i pon x buat, heee) dan ramai jugak yg terlepas pandang akan seriusnya kesan kekurangan air dalam badan, so check this out:

MENGANTUKNYA! Setiap kali selepas makan tengah hari mesti mengantuk. Kadangkala rasa tidak larat hendak buka mata. Rasanya bukan sebab tidak cukup tidur sebab tiap-tiap malam aku tidur nyenyak,” rungut seorang rakan yang beberapa kali tersengguk-sengguk depan komputer.

Sememangnya, mengantuk selepas makan bukan disebabkan kurang tidur, sebaliknya ia menandakan kita dahaga dan badan tidak cukup air. Ramai tersilap menafsirkan keperluan badan terhadap air dengan rasa lapar.

Dahaga bukan petanda terbaik untuk memberitahu badan memerlukan air kerana sensitiviti terhadap dahaga semakin berkurang apabila umur meningkat, terutama pada orang tua. Badan kita hanya boleh mengawal keseimbangan air hingga satu peringkat tertentu.

Paras garam akan meningkat apabila simpanan air dalam badan berkurang. Otak akan mengesan perubahan keseimbangan ini dan memberi isyarat kepada buah pinggang untuk mengurangkan kehilangan air serta mencetuskan rasa dahaga.

Bagaimanapun, cetusan rasa dahaga ini berlaku lewat. Biasanya apabila kita berasa dahaga, badan sudah kehilangan kira-kira dua cawan cecair badan. Kehilangan ini boleh menimbulkan pelbagai implikasi.

Air adalah unsur penting dalam badan. Badan lelaki membabitkan 65 peratus air dan 55 peratus bagi wanita. Air bertindak sebagai pelarut, penyejuk, pelincir dan agen pengangkut nutrien ke seluruh badan.

Kandungan air dalam badan setiap orang adalah berbeza mengikut kandungan lemak masing-masing. Secara umumnya, jumlah peratusan air dalam badan orang yang tidak banyak lemak adalah lebih tinggi. Kira-kira 70 peratus berat otak, 75 peratus berat jantung, 90 peratus berat paru-paru dan 82 peratus kandungan darah membabitkan air.

Badan mengalami kehilangan air sepanjang masa iaitu hampir 80 peratus sehari, walaupun kita tidak aktif. Kehilangan ini berlaku melalui air kencing, najis, peluh dan pernafasan. Setiap kali menghembuskan nafas, kita kehilangan air dalam bentuk wap. Jika dikumpulkan, kita mungkin boleh dapat satu atau dua gelas air yang hilang melalui pernafasan.

Ini sebabnya pakar kesihatan menyarankan kita minum sekurang-kurangnya lapan gelas atau satu liter air setiap hari. Sumber air bukan hanya daripada air minuman kerana ia juga ada dalam makanan, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Berapa banyak air yang kita perlukan?

Secara umumnya setiap orang memerlukan sekurang-kurangnya lapan gelas air atau satu liter air sehari. Namun, jumlah ini berbeza antara setiap individu, aktiviti dilakukan dan cuaca tempat tinggal. Tentu saja jika kita melakukan senaman pada hari panas, kita kehilangan lebih banyak air melalui peluh.

Air yang keluar ini perlu diganti segera, sama ada ketika atau selepas bersenam, untuk mengelak masalah kekeringan. Kehilangan banyak air menyebabkan tekanan darah turun mendadak, bekalan oksigen ke otak menurun dan jika terlalu serius, ia boleh membawa maut.

Jika terlalu banyak minum, tidakkah akan berlaku keracunan air? Memang boleh, tetapi ia jarang berlaku. Sebenarnya sukar bagi orang sihat mengalami keracunan air. Ia biasanya berlaku pada bayi. Malah, individu yang alami masalah berat badan berlebihan perlu minum lebih banyak air, iaitu segelas bagi setiap 11 kilogram melebihi berat badan unggul.

Mereka yang bercita-cita mengurangkan berat badan juga digalakkan minum banyak air. Kekurangan air merendahkan kadar metabolisma dan badan tidak boleh memecah dan menggunakan lemak dengan berkesan. Akibatnya, proses menurunkan berat badan menjadi lebih sukar.

Masalah retensi air atau ketidakbolehan badan mengeluarkan air dari pundi kencing menjadi lebih buruk jika kita tidak mendapat cukup air. Ada kalanya masalah ini boleh diatasi dengan minum lebih banyak air untuk menggalakkan pembuangan air berlebihan.

Oleh kerana kebanyakan zat makanan larut dalam air, mungkin ada yang risau ia dibuang melalui air kencing. Jangan risau. Masalah ini tidak berlaku kerana buah pinggang kita mempunyai sistem penapisan yang cerdik. Hanya bahan tidak berguna dibuang. Semua khasiat makanan diserap ketika dalam usus dan dimasukkan ke dalam darah untuk diagihkan ke seluruh badan.

Sebenarnya ramai mengalami masalah kekurangan air tanpa disedari. Malah, ramai juga berkata tidak mahu kerap berulang ke tandas sebagai alasan untuk tidak minum banyak air. Tindakan ini sebenarnya meracun diri kerana tanpa air yang cukup, badan sukar mengeluarkan bahan toksik dan boleh berkumpul membentuk batu karang.

Tanpa air yang cukup juga, nutrien daripada makanan tidak dapat diagihkan dengan baik dan menyebabkan lebih banyak lemak terkumpul dalam badan. Bentuk dan saiz otot turut berubah. Paling malang , jika kekurangan air meningkatkan paras bahan toksik hingga membahayakan nyawa.

Kesan kekurangan cecair
Kajian menunjukkan kehilangan dua peratus cecair badan boleh menyebabkan:

Lemah daya ingatan (ingatan jangka pendek)
Sukar membuat kiraan, walaupun yang mudah
Sukar memberi tumpuan terhadap perkara dilakukan terutama pada skrin komputer atau bahan bacaan bercetak
Tekanan darah menurun
Jumlah oksigen yang sampai ke otak berkurang menyebabkan rasa mengantuk
Lesu pada waktu siang
Sakit belakang
Dehidrasi
Sakit kepala
Memperlahankan kadar metabolisma
Meningkatkan risiko kanser usus, pundi kencing dan payu dara
Sendi dan otot mengalami kekeringan
Menyukarkan penyingkiran bahan toksik
Meningkatkan keinginan untuk makan
Darah menjadi pekat
Mudah keliru.
Degupan jantung meningkat
Menjejaskan tindak balas kimia dalam badan


Okayh! lepas baca je email di atas ni barula i mcm org bangang dok ckp sorang2 "oooo patutla aku slalu mengantuk di siang hari.....ooooooo patutla badan mcm lemah je....oo patut aku selalu sakit kpala....bla bla blaaa......." huh.

actually i mmg tau air putih sgt penting untuk badan kita. Even x baca pasal ni pun rasanya kita boleh tau. Common sense la kan? i slalu buat perumpamaan mcmni. Cuba basuh pinggan kotor yang terbiar seharian di sinki rumah (betul-betul kotor, faham2 la sendiri) dengan satu gelas air, apa hasilnya? confirm la xbersih kan? so untuk membasuh pinggan itu betul-betul bersih sekurang-kurangnya kena ada 5 gelas air ke atas. 2-3 gelas air untuk cucian pertama utk menghilangkan kotoran (tu pun belum tentu keluar), maka pinggan akan disabun pula, selepas sabun juga kita memerlukan 2-3 gelas air sekurang-kurangnya bagi memastikan pinggan itu betul-betul bersih dari segala kotoran dan kesan sabun pencuci pinggan. Hah, punya panjang perumpamaan. Nah, nak cuci pinggan kecik cinonet tu pun perlu bergelas-gelas air, inikan pula nak cuci bahagian dalam badan kita ni, cuba imagine kita mandi dengan 8gelas air? kau gila, nak berus gigi pun dah sebaldi air kita simbah. So, dari situ pun kita sendiri boleh pikir mcm mana pentingnya air untuk tubuh badan kita. (berleter kepada diri sendiri, blaa blaa blaa) Actually i pun kurang minum air sbb tu selalu sgt exhausted di siang hari, badan rasa letih dan lesu tidak bermaya, heh. Maka harusla diingatkan kepada diri sendiri dan semua orang bahawa betapa pentingnya untuk kita minum air putih sebanyak yang mungkin untuk menjaga kesihatan diri kita. Yela bagi yg muda remaja macam i ni (ceh muda la sgt konon) mmg la kadang-kadang tak ambik pusing bab2 nak jaga kesihatan ni sbb tu mak ayah i sgt suka beleter, kesihatan ni org jaga masa sebelum sakit la chek oii...dah sakit sana sini baru nak jaga buat apa? wah, actually my parents adalah org yg sgt menjaga kesihatan ye kwn2, sampaikan i nak mkn maggi kari(feveret ok) ke, mcD ke, pizza ke (semua feveret food x berkhasiat) kene sorok2, kalau tak kene marah, so sweet kan parent i? hehe(benda serius pun nak main2,hish).

Jadi kawan2 semua, mulai hari ini kita banyak-banyakkanla minum air putih ye terutama kepada peminat setia fast food, junk food mcm i ni kenala minum bergelen-gelen air (lemak-lemak smua tu kau igt senang2 nk cuci?). So mari kita menyahut cabaran minum air putih! Sila isikan botol mineral KOSONG, satu liter air setiap hari dan habiskan setiap hari jugak ye, baru adil(topup air tidak diterima). Kita tengok apa hasilnya! oh ya kawan2, dengan banyak minum air jugak kulit akan menjadi lebih cantik, glowing dan lembab ye, nak cantik ke tidak? minumla! (jangan kau minum coke 1liter setiap hari pulak), selamat mencuba! okay bye i nk pergi minum air (dan dan la nk minum)

DREAM BIG =)

p/s: petua awet muda, bangun tidur pagi-pagi (pagi-pagi tu pukul 6 atau 7a.m. bukan pukul 11a.m.) sebelum memberus dan menyental gigi, minum air putih 1 gelas. What, minum air time mulut berair liur basi? YES! kawan2 kajian menunjukkan dalam air liur basi tu terkandung sesuatu enzim (main belasah je enzim ke ape xsure, sila google sdiri) yang boleh menyumbang kepada awet muda (sila google lagi untuk kepuasan hati sendiri). Petua ini I dapat dari artis-artis cantik ye. =)

No comments:

Post a Comment