Friday, September 10, 2010

Selamat Hari Raya

Dengan gedik dan susah payah i berposing tersenget-senget untuk mengucapkan Selamat Hari Raya utk semua org. Perlu ke? harusslaa perlu..haha baru nampak mood raya. Tapi malangnye pelakon-pelakon extra tahun ni beraya kt rumah nenek sorang lagi, so i terpaksa buat2 suasanA meriah dlm gambar ni. Jadi ke?? ok cukup2. Sebelum i melalut sampai ke rumah atuk saudara i dekat Paris, baik i berhenti dulu ( nak berhenti pun kemain pjg beleter ).

Di sini, i, saya, aku, hamba, patik, nora adila bt md noor, nora, adila, pora, cikpora, megan fox..errrr megan fox?? ingi menyusun sepuluh jari tangan dan sepuluh jari kaki memohon ampun dan maaf buat semua yang mengenali i. Kepada yg tak kenal i pun i mintak maaf manala tau perkataan2 dlm blog i ni ada yg annoying (ada?? mmg annoying kot pora oi) menyinggung hati mana2 pihak secara i sedar or tidak sedar, i mintak ampun mintak maaf banyak2, i hanyalah manusia biasa yg byk kelemahan.

Kalau ada yang simpan dendam, marah, benci or apa2 perasaan negatif dekat i, atau ada pihak yang mungkin secara tak sedar i ada buat anda semua kecik hati, marah i mintak maaf k. Bersempena dengan hari raya yg mulia ni, marilah kita bermaaf-maafan, buang yang keruh ambil yang jernih walaupun kadang2 dalam hati kita susah untuk memaafkan insan-insan yang banyak mengguris hati dan perasaan kita, bukalah hati untuk memberi kemaafan kerana sesungguhnya benci dan marah di dalam hati kalau disimpan lama-lama akan memakan diri. Muliakan hati, rendahkan diri, buang perasaan ego hasutan syaitan, jangan berat untuk melafazkan maaf, jika kita meminta maaf & maaf kita tidak diterima pihak tertentu, ingat, itu bukanlah urusan kita.

Saya disini juga dengan berbesar hati memaafkan sesiapa saja yang telah secara sengaja atau tidak sengaja membuat saya terguris perasaan, terkecil hati dan sebagainya, saya maafkan anda semua, siapalah saya untuk menghukum dan tidak memberi kemaafan, sedangkan Nabi ampunkan umat. Inikan pula saya, insan yang kerdil lagi hina.

Wah sayu pulak buat ucapan raya. Okay2 jgn nangis kawan2, i tau u alllss semua touching baca ucapan raya i yg puitis ni.. hehe, so mari kita bukak buku baru, kisah baru, bak kata org dulu2 barang yang lama usah dikenang. So stay positive ok? ;) Nah demi tak menghampakan permintaan peminat, hahahaa peminat la sgt, tataplah gambar i sempena hari raya yang mulia ini. Siap kasut lagi dlm rumah kau igt kau omputeh?? aihh jgn salah faham. Tu kasut raya baru, tak pakai lagi..hihihiiii. Ok cukup dengan kedegikan i di hari raya. Oh ya, btw baju dekat bawah ni bukan yg i jahit tu. Baju i jahit belum siap utk tayangan umum..hehe



urrhh kemain lagi kau menyenget2 berposing. Sekian dahulu, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN. ;)

DREAM BIG =)

1 comment:

  1. mak cik!! slmt ari rya.. mnta maaf klaw dew wt slh ngan ang.. heee~ (^_^)v
    weih, cmna rmbut ang jd pjg nie? (",)

    ReplyDelete