Saturday, September 11, 2010

Dimana anak-anaknya?

**sila click dan baca**

Hmm tadi i baca artikel ni kt paper. Lepas baca terus tergerak hati nak scan & share dgn semua org. Kisah sorang pakcik tua yang sebelas org anak-anak dia dah bertahun tak balik jenguk die & bini die yg dah tua jugak . Terdetik dlm hati i, "teruknyee anak-anak dia. Lansung tak pikir mak bapak dah tua"...phewww... I mcm marah, tapi sapela i nak menghukum anak-anak die kan? I taktau ape yg buat anak-anak pakcik ni sampai lansung tak nak balik jenguk pakcik ni, tapi i doakan semoga Tuhan membukakan pintu hati anak-anak pakcik ni untuk balik melawat dia yang dah tua tu. Pulanglah sebelum terlambat.I baca artikel ni & tgk gambar pakcik ni, rasa mcm nak nangis. I imagine if mak ayah i yg mcm ni, ishh sedihnya. " Ya Allah jgnlah kau butakan hatiku & jauhkanla diri aku drpd menjadi anak yg derhaka".

Sekadar renungan bersama, i bukanlah penceramah hebat mcm Dr Fadilah Kamsah, tetapi ape yg i nak sampaikan kat sini, setinggi mana pun ilmu & pangkat kita, sejauh mana pun kita pergi, janganlah sesekali lupa pada kedua ibu bapa kita. I cakap mcm ni bukan apa, kadang2 kita tak terniat nak lupakan mak ayah, tapi disebabkan terlalu sibuk dgn hal kerja & mcm2 hal lain buatkan kadang2 terlupa tanggungjawab kepada mak bapak kita. Kadang-kadang Tuhan turunkan ujian dekat kita dalam bentuk kesusahan sbb DIA nak uji sejauh mana ketabahan kita & dengan kesusahan tu jugak akan buat kita tak mudah lupa diri. Tapi kadang-kadang Tuhan jugak uji kita dengan kesenangan, rezeki yang melimpah ruah dan kesibukan bekerja & mengejar dunia. Sebab DIA jugak nak uji sejauh mana kita bersyukur dengan nikmatNYA, mungkinkah kesenangan dan kekayaan akan buat kita lupa diri, lupa asal usul? Jadi kita sebagai manusia yang takkan lari dari melakukan silap, sentiasalah muhasabah diri. Kalau kita tersilap langkah, cepat-cepatlah berundur, cari jalan yang betul. Jangan terus hanyut & akhirnya menyesal tak sudah. Hargailah kedua ibu bapa kita selagi mereka masih ada. Masa tidak pernah menunggu kita. Renung-renungkan & selamat beramal. :)

DREAM BIG =)

No comments:

Post a Comment