Saturday, September 11, 2010

Dimana anak-anaknya?

**sila click dan baca**

Hmm tadi i baca artikel ni kt paper. Lepas baca terus tergerak hati nak scan & share dgn semua org. Kisah sorang pakcik tua yang sebelas org anak-anak dia dah bertahun tak balik jenguk die & bini die yg dah tua jugak . Terdetik dlm hati i, "teruknyee anak-anak dia. Lansung tak pikir mak bapak dah tua"...phewww... I mcm marah, tapi sapela i nak menghukum anak-anak die kan? I taktau ape yg buat anak-anak pakcik ni sampai lansung tak nak balik jenguk pakcik ni, tapi i doakan semoga Tuhan membukakan pintu hati anak-anak pakcik ni untuk balik melawat dia yang dah tua tu. Pulanglah sebelum terlambat.I baca artikel ni & tgk gambar pakcik ni, rasa mcm nak nangis. I imagine if mak ayah i yg mcm ni, ishh sedihnya. " Ya Allah jgnlah kau butakan hatiku & jauhkanla diri aku drpd menjadi anak yg derhaka".

Sekadar renungan bersama, i bukanlah penceramah hebat mcm Dr Fadilah Kamsah, tetapi ape yg i nak sampaikan kat sini, setinggi mana pun ilmu & pangkat kita, sejauh mana pun kita pergi, janganlah sesekali lupa pada kedua ibu bapa kita. I cakap mcm ni bukan apa, kadang2 kita tak terniat nak lupakan mak ayah, tapi disebabkan terlalu sibuk dgn hal kerja & mcm2 hal lain buatkan kadang2 terlupa tanggungjawab kepada mak bapak kita. Kadang-kadang Tuhan turunkan ujian dekat kita dalam bentuk kesusahan sbb DIA nak uji sejauh mana ketabahan kita & dengan kesusahan tu jugak akan buat kita tak mudah lupa diri. Tapi kadang-kadang Tuhan jugak uji kita dengan kesenangan, rezeki yang melimpah ruah dan kesibukan bekerja & mengejar dunia. Sebab DIA jugak nak uji sejauh mana kita bersyukur dengan nikmatNYA, mungkinkah kesenangan dan kekayaan akan buat kita lupa diri, lupa asal usul? Jadi kita sebagai manusia yang takkan lari dari melakukan silap, sentiasalah muhasabah diri. Kalau kita tersilap langkah, cepat-cepatlah berundur, cari jalan yang betul. Jangan terus hanyut & akhirnya menyesal tak sudah. Hargailah kedua ibu bapa kita selagi mereka masih ada. Masa tidak pernah menunggu kita. Renung-renungkan & selamat beramal. :)

DREAM BIG =)

Friday, September 10, 2010

Selamat Hari Raya

Dengan gedik dan susah payah i berposing tersenget-senget untuk mengucapkan Selamat Hari Raya utk semua org. Perlu ke? harusslaa perlu..haha baru nampak mood raya. Tapi malangnye pelakon-pelakon extra tahun ni beraya kt rumah nenek sorang lagi, so i terpaksa buat2 suasanA meriah dlm gambar ni. Jadi ke?? ok cukup2. Sebelum i melalut sampai ke rumah atuk saudara i dekat Paris, baik i berhenti dulu ( nak berhenti pun kemain pjg beleter ).

Di sini, i, saya, aku, hamba, patik, nora adila bt md noor, nora, adila, pora, cikpora, megan fox..errrr megan fox?? ingi menyusun sepuluh jari tangan dan sepuluh jari kaki memohon ampun dan maaf buat semua yang mengenali i. Kepada yg tak kenal i pun i mintak maaf manala tau perkataan2 dlm blog i ni ada yg annoying (ada?? mmg annoying kot pora oi) menyinggung hati mana2 pihak secara i sedar or tidak sedar, i mintak ampun mintak maaf banyak2, i hanyalah manusia biasa yg byk kelemahan.

Kalau ada yang simpan dendam, marah, benci or apa2 perasaan negatif dekat i, atau ada pihak yang mungkin secara tak sedar i ada buat anda semua kecik hati, marah i mintak maaf k. Bersempena dengan hari raya yg mulia ni, marilah kita bermaaf-maafan, buang yang keruh ambil yang jernih walaupun kadang2 dalam hati kita susah untuk memaafkan insan-insan yang banyak mengguris hati dan perasaan kita, bukalah hati untuk memberi kemaafan kerana sesungguhnya benci dan marah di dalam hati kalau disimpan lama-lama akan memakan diri. Muliakan hati, rendahkan diri, buang perasaan ego hasutan syaitan, jangan berat untuk melafazkan maaf, jika kita meminta maaf & maaf kita tidak diterima pihak tertentu, ingat, itu bukanlah urusan kita.

Saya disini juga dengan berbesar hati memaafkan sesiapa saja yang telah secara sengaja atau tidak sengaja membuat saya terguris perasaan, terkecil hati dan sebagainya, saya maafkan anda semua, siapalah saya untuk menghukum dan tidak memberi kemaafan, sedangkan Nabi ampunkan umat. Inikan pula saya, insan yang kerdil lagi hina.

Wah sayu pulak buat ucapan raya. Okay2 jgn nangis kawan2, i tau u alllss semua touching baca ucapan raya i yg puitis ni.. hehe, so mari kita bukak buku baru, kisah baru, bak kata org dulu2 barang yang lama usah dikenang. So stay positive ok? ;) Nah demi tak menghampakan permintaan peminat, hahahaa peminat la sgt, tataplah gambar i sempena hari raya yang mulia ini. Siap kasut lagi dlm rumah kau igt kau omputeh?? aihh jgn salah faham. Tu kasut raya baru, tak pakai lagi..hihihiiii. Ok cukup dengan kedegikan i di hari raya. Oh ya, btw baju dekat bawah ni bukan yg i jahit tu. Baju i jahit belum siap utk tayangan umum..hehe



urrhh kemain lagi kau menyenget2 berposing. Sekian dahulu, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN. ;)

DREAM BIG =)

Wednesday, September 8, 2010

Oh high heels.


oh em ji, taktau kenapa lately im sooo craving for kasuuuuuuuuuttttt....kasuuutttt....nak mkn kasut... eh, makan kasut?? err?? asyik nak beli kasut & terus beli kasut..and for sure i will go crazy with high heels, i mean SUPER HIGH heels. kalau ade nak yang 10 inchi. eh, melampau. 5inch would be nice, tu pun dah cukup utk membakar lemak di kaki. hahaa. seriously i love SUPER HIGH heels, tapi malangnya kaki i ni tak cukup kasih syg so die mengada lebih, kalau material tak sesuai mulala nak melecet sane sini. I rasa ramai yg senasib mcm i, so i suggest if u guys nak beli heels yg tinggi tak hengaaattt tu, carila heels yg ade supporting platform kat depan. Means, kalau kasut tu 5inch, platform dpan 2inch, so barula comfortable nak pakai, takdela baru pakai 5minit then dah mula berjalan mcm ayam berak kapur. eh mcm mane ayam berak kapur bejalan? haha. ok2 cukup. But seriously this is one of the tips to wear high heels, selain keselesaan, faktor kesihatan jugak perlu diambil kira. Pemakaian high heels yg terlebih tinggi tu sebenarnya tak elok untuk tulang especially perempuan yg sangat mudah diserang osteopherosis, betul ke ejaan i? hehe.

so if nk beli heels or wedges u can always go for somthing like this :



tgk platform kat depan tu. so kedudukan kaki kita takdela menjunam sangat. Tak meletup pulak kaki kalau takde platform.

and so in love with TOPSHOP shoes, even tak dapat lagi nak beli sepasang ;'(


i ade jumpe kasut kat atas ni dekat topshop pavilion, available in black color too & it cost around RM 375 if im not mistaken.

shoes that will drive me nuts.. Urghh. i suka gila dua kasut kat atas ni. I sangat suka kasut yg material nye suede. hmm. Nak kumpul duit sehari seringgit, raya tahun depan boleh beli. haha ;p


this clog shoes also pretty cool to wear. =)

errgh. seriously kasut kat atas ni super duper cool.

yes, i ade jumpe kasut almost the same mcm kt atas ni di topshop pavi. Tapi design kasut tu way superb than this. Serius kalau korg tgk korang mesti suka melompat2 punya. Harga die RM375, haishh i mmg nak sgt kasut tu. Tunggula kumpul duit raya tahun ni nak beli. heheehe. sapela nk bagi duit raya kat i ni. Tua tak sedar diri.

Whatever it is, kasut2 tinggi melampau ni memang cantik but for me tak perlula sepanjang masa nk pakai kasut tinggi melangit camni. Taula nk vogue tapi ikutla masa, tempat & situation, kalau nk pergi bershopping, nk pergi tempat yang banyak bejalan & tempat2 yang sibuk tu tak perlula gagahkan diri nak pakai kasut azab ni. Pakai flat pun cantik kalau pandai bergaya. Bukan ape bila pakai kasut mcm ni automatik cara berjalan pun kena ubah, kena feeling2 catwalk, kalau tak takpasal terpeleot dpn org ramai. Tak ke naya. heheheeehh nak tergelak pulak (bercakap melalui pengalaman sendiri. cisssss.. ;-/ )

ok for those yang teringin nak beronline shopping nak beli kasut, u guys boleh tgk dekat blogshop bawah ni. Semuanya ada jual kasut superb. Ada yg branded inspired lagi. Tapi kebanyakan kasut2 cun tu selalunya pre-order. So if you guys willing to wait for weeks or month perhaps bolehla order, if not, u better NOT. so, thats all for today, nanti kita same2 tunjuk kasut raya kita ok?? ;p

Shoes BlogSHOP :

Orrange little

Tres Tresors

The Shoe Cupboard

Banyak lagi actually, u guys can google yourself, or if u keen to know more from me, just straight ask me in facebook okay. Good day! Assalammualaikum

DREAM BIG =)

happy sewing



ok sekarang pukul 4 pagi dan i dekat sini ingin mengucapkan selamat menjahit kepada para tukang-tukang jahit dan para2 fashion designer di seluruh Malaysia. Hehe berangan nak jahit baju raya sendiri, semangat buat pattern potong kain & terus jahit. "oh mak engkau!" Bukan main laju lagi mesin jahit oldskul mak i ni. haish mesin ni buat i tekejut je pagi2 buta ni. Tgkla ape hasil die nanti. Muka tak sembab lansung. haha anyway, selamat bersahur! ;)

Tuesday, September 7, 2010

Old Village, Alor Setar, Kedah

Assalamualaikum semua. Harini i dengan bangganya nak cerita, i pegi buka puasa dekat old village. Diulang ya semua, OLD VILLAGE, bukan oldtown kopi putih tu. Old village ni actually restoran & homestay, lebih kurang mcm tu la, i pun tak sure sgt. Location dia dekat jalan dato' kumbar alor star, dekat dgn kawasan kampung & tepi sungai. So agak terperosok jugak restoran ni, i yg dok alor star ni pun taktau manela old village, bukan lupa daratan tapi agak jakun bila balik tempat sendiri sbb dah mcm2 benda baru yg ade dkt alostaq ni i taktau & xsempat nk explore. Kedah dah maju, hehe ;)

By the way, i bkn pegi buka puasa sorang-sorang tapi pegi dgn ex-schoolmate sekolah menengah kebangsaan sultanah bahiyah. For your info, sekolah ni sekolah perempuan semua. I sekolah kat sekolah ni dari form 1 sampai form 4, bulan 4. Lepastu i transferkan diri i ke sekolah teknik (i ambik civil engineering kot, pecaya ke tideekk?? haha). Reunion buka puasa ni pun last minit i dapat tau semalam, tu pun sbb tgk invitation kat facebook. So dgn gediknye i nak join. Adela dlm 15 org & believe it or not i still ingat semua long lost schoolmate yg i baru jumpa balik tadi. In fact i mmg sangat cepat cam & ingat org..org je yg selalu tak ingat i..haha lawak2.. Tapi ramai lagi yg xde tadi, ade yg ade hal, ade yg xdapat cuti lagi, ade yg dah xde kt alor staq & mcm2 lagila. Kalau semua ade mmg old village tu kitorg la punye agaknye, ahaha. Whatever it is, seronok bila dpt gather balik ramai2. Teringat zaman2 sekolah time semua cikgu mesyuarat, mulala masing2 merantau, org ni pegi class tu, org tu pegi class ni, pegi besembang, begosip menyakat org, buat mcm class sendiri, maklumla skolah perempuan semua, masing2 perangai mmg mcm PEREMPUAN sangaaatttt.

So overall makanan kat situ pun mmg best, paling best is dia punya siakap 3 rasa. Sgt sedap. Uiih kalau2 hari2 dapat makan besar mcmtu seronok jugak. Menu lain kitorg makan tadi, kailan ikan masin, tomyam campur, daging merah, telur dadar & air oren. Total total semua sorg kenela bayar around RM20, sgt affordable kan? makanan & environment pun best. Dalam dok makan2 tadi baru i perasan rupanya old village ni rupanya kwn abg i yg punya, so what?? nak kredit ape?? xdela, i saje je nk bgtau kot2 la lpasni kalau pegi mkn dapat discount, haha. To those dari luar kalau dtg becuti di alostaq ni, boleh jugak stay dkat homestay old village ni. Mmg rasa susana kampung, siap boleh naik bot lagi, if im not mistaken la.hehe. Kat bawah ni ade gambar old village & gambar2 kitorg berbuka tadi.




Ni sekeliling old village, ha siap ade tempat makan terapung, atas air. Bulehla bawak gf/ bf feeling2 candle light dinner ke sekejap. haha

ok kat bawahni gambar2 kitorg berbuka tadi, and again I xsempat nk snap gambar makanan as usual sbb dgr je azan masing2 dh terus ngaaapp.. ;p

nah masing2 muka excited dh lama xjumpala konon2nye.. haha

ok ni baru half yg sampai.

alya, wakeup, jgn tdioq! ;p


masa utk melahap! ;p


ni anak kwn i yg pakai tudung biru tu, hyperactive! ;)




Ok masa dah tamat. Perut dah kenyang, so before balik snap la gambar dulu ok & yes gambar i mmg tak banyak sbb kalini i jadi photographer jemputan, tgkla gambar2 i semua superb kot. hahaha so hopefully lpasni ade lg reunion & lagi ramai yg join. I mmg suka menggunakan perkataan SO. So, sampai disini dahulu post utk kali ni. Raya dah dekat sgt ni, byk lagi benda nk kene prepare, oh yes sebelum i terlupa, raya kali ni i nak jahit baju raya sendiri. YES jahit baju raya sendiri faham tak kawan2? i baru beli kain tadi, esok dah nk start kerjakan pattern & marathon buat baju raya. Yessss, excited! kalau cantik baju yg i jahit tu, bolehla amik tempahan menjahit raya taun depan, haha. ok cukup. Selamat.

DREAM BIG =)

Sunday, September 5, 2010

Im home!! ;) & crazy

hai semua, sedar tak sedar (sedar ke tak sedar sebenarnye ni?) dah nak raya. Cpatnye? so what?? eh ape aku merepek ni. By the way saje je nk update, i baru sampai alor staq harini. Perghh, berdangdut jugak drive sorg2 dari kl. Nasib baik ade ayah yg penyayang kt sebelah memberi sokongan moral untuk i meneruskan pemanduan secara berhemah ( 140 km/j ), tak bergegar lansung kereta tak pickup i tu.

Hmm, actually i nk post pasal ade haritu i pegi mkn kt satu tmpat yg boleh tahan jugakla best. Punyala mcm tourist i hambik gambar satu restoran keliling 360 darjah. Sekali time i nk transfer gambar ke laptop, buleh pulak la kene virus, gambar2 berkualiti yg i ambik guna phone camera tu dah gone baby gone!! aahhhh nk mencarut tapi apekan daya, laptop tu bukanlah manusia biasa. Dia adalah satu mesin yg mudah diserang virus. Kenapa ye mcm tu? Sbb owner die pun sgt cantik sbb tak install antivirus baru dkat laptop yg semakin hari semakin pemalu tu. ;-/
So kesimpulannya, i tak dapatla nk update pasal restoran yg i maksudkan tadi. Ok i pun taktau ape i merepek ni? ah, otak i dah separuh dekat PARIS. heh.

By the way, mmg sgt penat harini, bkn sbb drive sorg2 tapi sbb tak cukup rest sehari dua sebelum balik Kedah ( sehari ke dua hari??). I pun mengada nak marathon drive taknak stop rest sekejap, bukan niat i nak buat pihak PLUS kecik hati sbb tak berenti dkat R&R yang diorg dah susah payah siapkan untuk I. I just tak nak lukakan....ok dah cukup. Otak separuh lagi dah nak sampai LONDON... I sampai je rumah tadik, kakak i & her 3 soldiers pun ade kt rumah. hahaha daripada niat nk tido teros tak jadi tido sbb i dah rindu sgt dekat 3 soldier girls i ni. Boleh pulakla layan si kenit sekali tu tgk otomen gaia dekat youtube, layan si kakak tengah tgk 3 ninja boy dekat laptop virus i & last but not least layan kakak sulung pegi beli roti & kek yg sdap2 bagi die makan (padahal aku yg ngaappp lebih). Lepas diorg selamat tido, i pun ape lagi, belayar la update blog i yg femes ni, hahaha. Tgh syok2 online mak i dtg & hadiahkan i sehelai kain selimut yg cute gila ok! (padahal sendiri mintak suruh mak beli). I sgt gembira dgn my pretty blanket & by the time i habis je tulis post kali ni otak i dah FULLY dekat NEW YORK, catwalk fashion show utk Gucci, Prada, My fashion's Closet..eh?....SELAMAT MALAM, with love from pretty blanket. adoi, kesian kau nora. go sleep with the blanket. hahau. =p

p/s: kalini takde gambar sebakul untuk di upload, tgu kehadiran 3 soldier girls!!

DREAM BIG =)