Wednesday, July 21, 2010

My wish list.

Make a wish


23. yes, im turning 23 years old soon, pheewwww....how fast...i still remember my first day in school when i was 7, and suddenly...nah, u are 23! ok, i igt lagi masa baru2 i habis spm dulu, my target was to get married bila umur i 23. bila igt balik rasa mcm nk lempang je diri sdiri. gedik betul, baru 23 dah nak kawin. ahahaa i mean i sorg je la gedik sbb mostly org lain 23 dh grad degree, i ni 23 baru mcm 16 rasanya. hahaha oklah tu..bak kata i seblum ni dream big kan..so stakat brangan tu apalah sgt kan..(backup diri sdiri)

ok, secara rasminya disini i nk bgtau this coming 24th july is my 23rd birthday & sudah pastilah every birthday kita mesti ade wish list yg selalu kita berangan akan ade org bagi kt kita, tp sampai kesudah takde org nak bagi(utk i jela) hahahaha...

get back to topic, actually wish list i tu bukanla i nak ckp ape hadiah yg i nak..no no..boringla...tu smua i keep for myself sudahla kan..tulis kt sini pun mcm annoying je. hahaa ok, di bawah ini adalah wish list i untuk ulang tahun kelahiran yg ke 23:

1. Saya ingin menjadi anak yang solehah kepada kedua ibu dan ayah yang sangat saya kasihi cintai dunia akhirat. Saya juga sentiasa berdoa supaya saya tidak diuji dan menjadi anak derhaka.

2. Saya ingin hidup dirahmati Allah dan semoga Allah sentiasa memberikan petunjuk dan hidayah kepada saya dunia akhirat.

3. Saya ingin berjaya di dunia dan di Akhirat, tak kira dalam apa jua bidang yg saya ceburi.

4. Saya ingin dikurniakan seorang suami yang baik, suami yang boleh menyenangkan hati dan perasaan, memahami, menerima saya seadanya, bertanggungjawab, dan yang paling penting suami yang mampu membimbing saya & keluarga ke jalan yg diredhai Allah.

5. Saya ingin membalas jasa kedua ibu bapa saya, menggembirakan mereka seperti mana mereka sentiasa mencuba untuk menggembirakan saya.

6. Saya ingin menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya seperti ibu saya.

7. Saya juga ingin menjadi seorang pendidik yang sangat berjasa seperti ayah saya.

8. Saya ingin dikenali sebagai seorang wanita yang berjaya.

9. Saya ingin mengubah segala keburukan dan kelemahan yang saya sedar atau tidak sedar.

10. Saya ingin melancong ke seluruh dunia.

11. Saya ingin belajar atau bekerja di luar negara.

12. Saya ingin mengerjakan Haji di usia muda.

13. Saya ingin menjadi lebih baik daripada yang sebelumnya.

14. Saya ingin meluaskan rangkaian perniagaan blogshop saya ke peringkat antarabangsa.

15. Saya ingin juga menjadi seorang fashion designer walaupun masih banyak kelemahan yang perlu saya perbaiki.

16. Saya ingin membeli sebuah rumah yang selesa untuk didiami.

17. Saya juga ingin membeli kereta yang selesa untuk dinaiki dan boleh mengisi barang yang banyak.

18. Saya ingin mempunyai ramai kenalan di dalam atau luar negara.

19. Saya ingin menjadi seorang yang lebih bersabar dan sentiasa bersabar. ;p

20. Saya ingin menjadi seorang yang lebih teliti dan tidak clumsy. heh.

21. Saya ingin menjadi pemandu yang berhemah supaya saya tidak disaman lagi kerana polis kini memasang cctv di merta-rata.

22. Saya ingin menjadi seorang pelajar yang tidak menangguhkan kerja.heh lagi.

23. Saya ingin menjadi perfectionist di dalam menjalankan segala tugasan instead of keep making it "biasa-biasa saja"

24. Saya berdoa semoga ada orang yang mendoakan segala impian dan hajat saya dikabulkan Tuhan.

wah, bukan main wish list mcm nk buat ucapan hari raya utk 7 keturunan. well, hopefully ape yg i wish kt atas ni tercapai. kalau tak dapat smua dapat 1,2,3 pun jadilah. Bersyukur dengan apa yg ada. So, oklah kwn2. I need to stop now. Loads of work to be done & im still here blogging..urhhhh...azam bkn main. tp cenggini lagi perangai. ape nak jadi? haha. ok guys. See u laterhhhhh! DREAM BIG =)

P/s: nti i upload gambar2 photoshoot ok. I tak dapat lagi all those pics from photographer, i bawak camera that day & as usual, i tak snap pictures. haha. bkn x snap sbb malas tapi x sempat sbb i tekejar sane sini nk siapkan model i yg cute sgt tu..

No comments:

Post a Comment